FOLLOWER

Sunday, December 4, 2011

Taubatlah

Mesti dah ad yg tengok pasal rancangan reliti indonesia
"Jangan Ditiru"
salah satu episod yg diterbitkan bertajuk "Emak Khawini Anak"
ni lah yang menunjukkan kebodohan umat islam masa kini

bukan nak cakap ap lah
indonesia ni mmg terkenal kerana antara negara yg mempunyai umat islam teramai dunia
bile tgk sejarah banyak ulama2 yg hebat bersal dr indonesia
tp kalo bab2 hiburan mmg no 1
kita tengok jew kt malaysia neh
bukan men bnyak lagu2 indonesia menjadi kegilaan rakyat kita
tu belum cerita la pasal drama2 sinetron kt tv3 tuh
sebab tu lah bnyak bencana alam yg berlaku
tsunami, gempa bumi..

haish...
hancur umat islam
berbalik kepda cite td
si Emak ni xmalu untuk bercerita yg dye melayan anak dye sendri mcm suami
bleh plak kate camni
"buat ap sy nk malu, sy nggak buat dgn orang len, tp dngan anak sendri"
masyaallah..
Si anak plak bleh je layan nafsu emak sendri
sanggup ke kalo kita...

Mmg tepat la dikatakan umat akhir zaman
kiamat tu xjaoh drpda kita
bile mana tanda2 kecil spt
"zina bermaharajalela dan secara terang-terangan berlaku"

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

tb ble
hanya Allah yg tahu..








Saturday, December 3, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



sumber: artikel iluvislam.com

Tempat Ambo Banjir

ambo tinggal kat kajang
baru2 neh tmpat ambo banjir
terkejut beruk ambo
seingat ambo last banjir mase tu ambo sekolah rendah lg

macam2 bnda boleh berlaku
mungkinkah ni bala ALLAH???
renung2kan...

 
ni video mase tgh banjir
dah lepas banjir

Monday, November 28, 2011

Bile Ambo stress




sakit hati btul bile ambo buat  keje menatang neh
punya la susah nk cari point
nk kurang dr 5 plak RMS nyer
br buat 1 photo
lg 4 menanti untuk di RECTIFY
haishhh
stress melanda
ni yg nk bt ambo tdo awal neh
gudnite kepada u all

Friday, November 25, 2011

spontaneous friday

ad kew spontaneous friday...hahah
be je plan bnda neh 1 mggu lpas....
sembang2 ngn coursemate nk pg try cari tmpat makan2 kt area johor neh...
naseb ad mmber yg dr johor tau jgk la tmpat mane yg bez...
punye semangat siap tnye akak cafe...tp jaoh plak kt pontian..
so, mengikut mmber yg agak popular kt tepian tebrau...
xtau la sedap..jnji knyang...
plan ni sebenrnye skali nk sambut bfday mmbe.
ni link dye radhiesimplymagic.blogspot.com...
ingt nk baling telooor+tepong+milo+air sampah(mcm ak kene dulu)+batu semua..
tapi xyah la kot..
kesian kt mmber...
ak bukan mmber yg jahat...
ak bek jer...hahah

so just wait n see then..



Friday, June 10, 2011

pemadam api = jari


Haaa???  Apa kaitan nya pemadam api atau fire extinguisher ni ngan jari
hurrmmmmm................



mase ak pegi sembahyang jumaat tgh arie td aku ternmpak pemadam api warna merah, betul2 sebelah aku… rase seram jugak tengok…dok tgh layan khutbah bertajuk masalah sosial remaja, tiba2 aku terkenang kembali memori indah n pahit yg tak boleh ak lupakan sepanjang hidup aku 6 tahun lpas….

Bnda ni berlaku mase ak form 3 kt mrsm lenggong…mase kejadian berlaku pun arie jumaat jugak time sembahyang jumaat…Lokasi dkt MASJID KG CHANGKAT BERANGAN,LG… ak ingt lagi mase tu ad jambori pengakap se-mrsm kt mrsm ak… mmg ramai la budak2 pengakap kt masjid nih…x mcm hari bese…

Seperti bese…arie jumaat mmg berebut-rebut nk pegi awal masjid…jangan salah faham, bukan nyer nk rebut saf depan tp nk chop port( tempat) yg bez terutama dekat dgn dinding sebab kalo ngantuk mase dengar khutbah boleh terus tido…hehehe…beselah lepas kelas pnat sikit…

Ak pun cam bese lah duduk kt tmpt yg bese ak duduk…. So, bile dh duduk ap lg bersembng la keje nyer ngn mmber ak… mase duk ngah sembang tiba2 mmber ak sebut pasal topic rambut agk nyer…ap lg mula la nk mengumpat…lbeh2 lg depan ak ad sorang mmber ak name dye SYAHID…yg ak xbleh tahan nk gelak sebab ramai  owng dok kutuk rambut dye cam KOBIS…kobis busuk la…kobis segar la…REDHA je si SYAHID ni kne bahan …tp mmg agak same la cam kobis…kembang g2…sedar x sedar mase khutbah pun asyik sembang lg…ish3…

Habis khutbah n sembahyang then doa plak…mase ngah doa ni ak duduk betul2 bawah fire extinguisher ni….kire2 nyer tinggi menatang ni diletakkan kn dinding masjid ni atas kepala ak jew….

pas abeh doa, ak bangun la nk blah….ap lagi terhantuk pemadam api tu trus jatuh kt kaki ak…mule2 x rase  papepun…dah lame sikit…ADOIIIIIIII…baru ak nmpak darah terpncut-pancut kt karpet masjid….mase tu mmg dah panic la ak…ngn jamaah2 yg ad pun naik panic skali…hahaha…nk jalan dah x bleh sebab x rase jari ak….adoiii….sakit giler tp ak cover la x nangis…malu siot…ramai owng tu…
pastu ustaz ruzaini, cg agama ak suh mmber ak angkt ak nek kete g klinik…maklumlah bdan ak kn besar sikit,,,rmai yg kne angkt…hahahah…rase cam raja…

smpe klinik nk jahit kulit yg terkoyak tp xboleh simen trus sebab ibu jari ak dh patah…kne g hospital kuala kngsar…dok tgh jahit tu sempat lg ustaz ak mengata ak..dye ckp “ izat, hg ni sembhyang suboh x pg td”..pekena ak plak…cis…mane xptah kalo bnda tu pun dh berat 9 kg .

mcm2 pengalaman mase ak kepatahan neh….firstly mase ak nk ambik trial PMR…kne pnkai tongkat sebab blum sembuh…agk segan la sebab meja ak kt tengah2 dewan…bile lalu nk masuk dewan sume owng tengok…kurang asam btul….ad jugak bnyk kali ak jtuh mase nk g mandi terutamanya….mmg pedih tu bile kne part yg patah….ad jugk owng yg ckp ak cacat...sdey btul...

Moral sebenarnya ak nk cite, bile kita bt something yg xpatut dibuat cntoh nyer, CKP MASE KHUTBAH,MENGUMPAT LG sedangkan kite tau berdosa sebenar nya…ap lg ALLAH balas direct je…huhu… semenjak tu ak xde nk berckp mase khutbah lg….takut…menyesal...maapkn ak syahid terkutuk ko...


Untuk kaum adam, ingt pesanan td yer.
wassalam..

Friday, May 6, 2011

Owhhh...dah setahun rupenyer.

setahun dah berlalu...

pejam celik, pejam celik...rupe nya tggl bape jam lg sebelum ak menamatkn kehidupan sebagai mahasiswa tahun 1 kt UTM....hohoho...
taun depan dah jd senior....bnyk junior2 baru masok...yessssssss (nape ske plak ni...heheh)..xde kne mengena ngn junior pompuan yer...
dalam setahun menimba ilmu kt cnie...mcm2 pengalaman dan cabaran yg ak dpt tempuhi....mungkin ianya x sama mase ak blajar dekat matrik ke, kt skolah men ke...yg paling bez semestinya waktu2 bersama mmber2 lah...ap lg..

mmg owng slalu ckap duduk kt u ni bebas skit..bleh bt ap kita suke...bg ak mmg betul sangat lah... tp bkn lah bt bnda2 pelik atau melanggar syariat agama... maksud aku kt sini... kita boleh bt something tnpa rasa dikongkong oleh ibu bapa...( cam jahat je bunyi nyer)... 
kadang2 kt umah bukan semua bnda kita boleh bt cntohnya nk kuar lepak2 ngah malam kew...mesti tnya parents dulu kn... camtu gak ngn ak lah...kalo nk kuar g tmpat yg jaoh skit kt utm ni bgtau lah dulu..tp kalo setakat tngok wayang ke..mkn2 ke..rasenyer xyah la kot...yg penting nya kt sini ak rase puas boleh bt bnda yg ak x boleh bt dulu...rasa bebas..cam semalam ak ngn budak2 laki SGG pegi overnight...pas mkn kt hutan bandar, tgk wayang, pastu g jalan2 tepi laut...naseb baik xmasok THE ZONE,round2 JB xtentu hala, sembang2 hal2 tuttttt,at last breakfast kt McD n balik kul 5 pg...yearghhhhhhh
thanks to wafiy for the breakfast...

dalam setahun ni jgk..ak dapat belajar mengenal kawan2...tau kawan tu sebenarnya camne perangai dye...kita hidup sebagai seorang mahasiswa sebenarnya bleh diktakan lama jgk 4 tahun, kalo ak la...sama2 hidup dalam susah n senang..kalo mmber ad problem kita tolong la...jgn la berkira sngat...kita x tau mungkin suatu hari nnti, member kita yg tolong kita balik waktu kita susah...btul x..
yg paling penting sekali,,kne saling menasihati..kalo ad slah kita tegur..sama2 mmbetulkan...beselah resam kehidupan....

ok lah...rase nyer sampe sni jek hasil buah pikiran ak untuk hari2 terakhir kt utm ni...( macam lah taon depan xde kt snie lg)...
kalo ad kesempatan mase cuti..boleh la update blog...tp memikir kn ngn nk cari keje untuk kumpul duit sem depan nk g jalan2 lg...ntah lar...

oh...terlupe rase nyer...di kesempatan ini...ak nk minx maaf kt semua sahabat2 taulan terutamanya mmber2 1 SGG UTM termasuklah boy n girl...mugkin ad terkasar bahasa dan tersilap bicara....mane lah tau next sem mungkin x bertemu lg..mcm2 boleh terjadi..ajal n maut d tangn tuhan kn...halakn makan,minum,ilmu,tmpat tnggl,laptop bg pnjam mase laptop ak rosak,movie2(jiro)....seronok kawan ngn u all semua...hahahaha






that's all from me..
wasslam...



feel free to comment.. :)



MUNGKIN ANDA MINAT JUGAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...